Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Teknologi Kewangan) dengan Kepujian
MQA/FA0176
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Teknologi Kewangan) Dengan Kepujian adalah program akademik berorientasikan masa depan yang direka untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran analitikal yang diperlukan untuk menerokai landskap kewangan digital yang berkembang pesat pada masa kini. Program ini menggabungkan prinsip asas perniagaan dengan teknologi kewangan terkini seperti rantaian blok (blockchain), kecerdasan buatan (AI), analitik data (big data analytics) dan sistem pembayaran digital yang menunjukkan peningkatan yang sangat drastik ketika ini.
Melalui kurikulum yang dinamik dan relevan dengan industri, pelajar akan membina asas kukuh dalam bidang kewangan dan teknologi, sekali gus memperkasakan mereka untuk menyediakan penyelesaian kewangan inovatif serta memacu transformasi digital dalam sektor kewangan di Malaysia khususnya.
Graduan program ini akan bersedia untuk menceburi kerjaya dalam bidang perbankan, pelaburan, syarikat FinTech dan institusi pengawalseliaan, serta menyumbang kepada pertumbuhan mampan ekonomi digital.
Syarat Kemasukan
- Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (PNG 2.0) dalam dua (2) mata pelajaran*; ATAU
- Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya Gred Jayyid*; ATAU
- Matrikulasi atau Asasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Diploma (Tahap 4, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik; ATAU
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia.
Struktur Program
Tahun 1
- Tilawah Al-Quran
- Penghayatan Etika dan Peradaban
- Pengurusan Kontemporari
- Prinsip Kewangan
- Sistem Maklumat Pengurusan
- Etika Perniagaan dan Komunikasi
- Prinsip Pemasaran
- Falsafah dan Isu Semasa
- Integriti dan Antirasuah
- Perakaunan Perniagaan
- Ekonomi
- Perniagaan Digital
- Pengurusan Operasi
- Pengurusan Strategik
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
Tahun 2
- Penglibatan Komuniti
- Statistik
- Keusahawanan
- Pembiayaan Awam (Crowdfunding)
- E-Dagang dari Perspektif Islam
- Pengurusan Inovasi
- Asas Teknologi Kewangan
- Pengurusan Rantaian Bekalan
- Pengurusan Logistik
- Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan
- Tingkah Laku Pengguna
- Pemasaran Antarabangsa
- Seminar Keusahawanan
- Pengurusan Lintas Budaya
Tahun 3
- Pengurusan E-Dagang
- Pengurusan Produk
- Perdagangan Elektronik
- Aplikasi Revolusi Digital dalam Pasaran
- Pengurusan Risiko
- Institusi dan Pasaran Kewangan
- Pengurusan Perbankan
- Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio
- Kewangan Antarabangsa
- Kewangan Korporat
- Aplikasi Digital Kontrak Pintar dan Rantaian Blok
Peluang Kerjaya
- Pegawai Tadbir
- Penganalisis Teknologi Kewangan
- Eksekutif Perbankan Digital
- Eksekutif Blockchain dan Mata Wang Kripto
- Penganalisis Data Kewangan
- Eksekutif Pelaburan dan Portfolio
- Pengurus Pembangunan Perniagaan (FinTech)
- Pegawai Risiko dan Pematuhan
- Pengurus E-Dagang dan Pembayaran Digital