Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Kepujian) (Mod 2u1i)

MQA/PA15837

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi direka khas untuk melahirkan graduan yang bukan sekadar mahir dalam teori, tetapi juga mampu memimpin dunia sebenar industri. Program ini menggabungkan pembelajaran dalam kelas selama dua tahun di universiti dengan setahun pengalaman intensif di industri sebenar melalui konsep 2u2i. Pelajar akan diterapkan dengan ilmu pengurusan, inovasi dan teknologi yang terkini, bersedia menghadapi cabaran era digital dan industri pintar.

Keistimewaan utama program ini ialah peluang untuk belajar terus dalam persekitaran kerja sebenar. Selama setahun di industri, pelajar akan terlibat secara langsung dalam projek sebenar, bekerjasama dengan profesional industri dan membina rangkaian kerjaya sebelum bergelar graduan. Inilah kelebihan unik yang menjadikan pelajar lebih yakin, kompeten dan sangat laku di pasaran kerja.

Syarat Kemasukan

  • Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana 2 mata pelajaran dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU
  • Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid, dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU
  • Kelayakan yang setara dengan Diploma atau Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5, KKM); ATAU
  • Kelayakan Matrikulasi/Kursus Asas dengan minimum PNGK 2.00 daripada 4.00, atau kelayakan yang setara dengannya.

 

Nota:

  • Pelajar antarabangsa perlu mencapai skor minimum 5.5 bagi IELTS ATAU yang setara dengannya.

Struktur Program

Tahun 1

  • Falsafah dan Isu Semasa
  • Tilawah Al-Quran
  • Prinsip Pemasaran
  • Sistem Maklumat Pengurusan
  • Etika dan Komunikasi Perniagaan
  • Prinsip Kewangan
  • Pengurusan Teknologi
  • Penghayatan Etika dan Peradaban
  • Integriti dan Antirasuah
  • Statistik
  • Perakaunan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Teknologi dan Kewangan Keusahawanan
  • Pembangunan Produk
  • Gelagat Organisasi
  • Pengurusan Sumber Manusia

 

Tahun 2

  • Perniagaan Digital
  • Internet Kebendaan (IoT)
  • Keusahawanan
  • Pengurusan Risiko Perusahaan
  • Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
  • Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Keterlibatan Komuniti
  • Etika Profesional dalam Pengurusan Teknologi
  • Teknologi Hijau
  • Perancangan Sumber Perusahaan
  • Sains Data untuk Perniagaan
  • Pengurusan Inovasi Teknologi
  • Pengurusan Projek
  • Pengurusan Strategik
  • Pengurusan Operasi
  • Proses Pembuatan
  • Pemindahan Teknologi

 

Tahun 3

  • Latihan Industri / Program Perantis

Peluang Kerjaya

  • Pegawai Tadbir
  • Pengurus Operasi
  • Eksekutif / Pengurus Projek Teknologi
  • Pegawai / Pengurus Kualiti
  • Eksekutif / Pegawai Inovasi dan Pembangunan Teknologi
  • Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan