Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (Kepujian)

MQA/FA0489

Program ini memberi tumpuan kepada aspek operasi dan pengurusan dalam industri hospitaliti yang merangkumi pengurusan makanan dan minuman, operasi kaunter hadapan, housekeeping, pengurusan acara, jualan dan pemasaran, serta pengurusan sumber manusia. Kurikulum program ini direka bentuk untuk melahirkan graduan yang berkemahiran, beretika dan bersedia memenuhi keperluan industri hospitaliti di peringkat tempatan dan antarabangsa. Kandungan kursus menekankan keseimbangan antara pengetahuan teori dan aplikasi praktikal bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran profesional yang diperlukan dalam sektor hospitaliti. Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri bagi memberi pendedahan kepada pengalaman dunia sebenar dan meningkatkan kebolehpasaran selepas tamat pengajian.

Syarat Kemasukan

  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (PNG 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran, atau kelulusan yang setara; ATAU
  • Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya gred Jayyid, atau kelulusan yang setara; ATAU
  • Lulus Matrikulasi/Asasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00, atau kelulusan yang setara; ATAU
  • Memiliki Diploma (Tahap 4, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00, atau kelulusan yang setara.

 

Keperluan Bahasa Inggeris (Pelajar Antarabangsa):

  • Pelajar antarabangsa dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya Band 5.0 dalam IELTS atau Band 3 dalam MUET, atau kelayakan yang setara.

Struktur Program

Tahun 1

  • Introduction to Hospitality & Tourism Industry
  • Food Hygiene, Safety and Nutrition
  • Marketing for Hospitality Industry
  • Prinsip Kewangan
  • Food and Beverage Service Management
  • Menu Development and Engineering
  • Management for Hospitality Industry 
  • Principles of Hospitality Accounting

 

Tahun 2

  • Hotel Operation Management
  • Safety Management in Hospitality Industry
  • Beverage Service Management
  • Culinary Theory & Practices 
  • Food and Beverage Service Practical
  • Front Office Management
  • Quality Management in Hospitality Industry
  • International Hospitality Management
  • Food and Beverage Purchasing

 

Tahun 3

  • Research Method for Hospitality Studies
  • Housekeeping Management
  • Human Resource Mgt in Hospitality Industry
  • Entrepreneurship in Hospitality Industry
  • Halal Management in Hospitality
  • Project Paper
  • Perundangan Hospitaliti
  • Revenue Management
  • Accommodation Management

 

Tahun 4

  • Strategic Management in the Hospitality      Industry
  • Facility Planning, Design & Development
  • Hotel Management
  • Room Division Management
  • Room Division Analysis
  • Professional Training (Hospitality Management)

Peluang Kerjaya

  • Pegawai Tadbir
  • Pengurus / Penolong Pengurus Hotel
  • Eksekutif Operasi Hospitaliti
  • Eksekutif Makanan dan Minuman
  • Eksekutif Housekeeping
  • Eksekutif Front Office
  • Eksekutif Jualan dan Pemasaran
  • Eksekutif Acara
  • Pegawai Perhubungan Pelanggan
  • Usahawan dalam bidang hospitaliti dan pelancongan