Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)
MQA/FA5168
Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) ialah program sarjana muda 3 tahun yang direka untuk melengkapkan pelajar dengan asas yang kukuh dalam prinsip kewangan Islam, pengetahuan industri, dan kemahiran yang relevan untuk dunia kewangan moden. Melalui program ini, pelajar juga akan menamatkan pengajian dengan dua kelayakan profesional yang dinamakan AQIF (Associate Qualification in Islamic Finance) dan IQIF (Intermediate Qualification in Islamic Finance) yang dianugerahkan oleh IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia). Pensijilan ini meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan memberikan kelebihan daya saing dalam pasaran pekerjaan di peringkat tempatan dan global.
Syarat Kemasukan
- Lulus Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf dengan minimum PNGK 2.00 dan lulus Matematik peringkat SPM / setaraf ATAU;
- Lulus STPM atau setaraf dengan minimum Gred C (PNGK 2.00) dalam 2 mata pelajaran dan lulus Matematik peringkat SPM / setaraf ATAU;
- Lulus STAM dengan minimum pangkat Jayyid dan Lulus Matematik peringkat SPM / setaraf ATAU;
- Lulus Diploma (Tahap 4 MQF) atau yang setaraf dalam bidang Muamalat dan Kewangan Islam ATAU bidang yang berkaitan dengan minimum PNGK 2.50 (Bagi calon yang memperoleh PNGK di bawah 2.50 tetapi melebihi 2.00 boleh diterima masuk tertakluk kepada proses penilaian dalaman)
- Lulus Diploma (Tahap 4 MQF) atau yang setaraf dengan minimum PNGK 2.50 ATAU;
- Lulus DKM / DLKM / DVM ATAU lain-lain kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Struktur Program
Tahun 1
- Penghayatan Etika dan Peradaban / Bahasa Melayu Komunikasi 2
- Keusahawanan
- English for Academic Communication
- Bahasa Arab untuk Non Muslim
- Tilawah Al-Quran
- Sistem Kewangan Islam
- Aqidah
- Pengajian Usul Fiqh
- Perakaunan Kewangan
- Bahasa Arab Asas
- English for Professional Communication
- Ekonomi
- Fiqh Ibadah
- Analisis Kuantitatif Perniagaan
- Wakaf
- Etika dalam Islam
Tahun 2
- Keterlibatan Komuniti
- Bahasa Arab Muamalat
- Falsafah dan Isu Semasa
- Fiqh Muamalat
- Prinsip & Amalan Institusi Perbankan Islam
- Kaedah Fiqh
- Pengurusan Risiko Institusi Kewangan Islam
- Pengurusan Kredit Perbankan
- Asas Ekonomi Islam
- Pengunderaitan, Asas Aktuarial & Tuntutan dalam Takaful
- Prinsip & Amalan Institusi Takaful
Tahun 3
- Integriti dan Rasuah
- Pengurusan Harta Pusaka
- Kerangka Perundangan Perbankan Islam
- Kaedah Penyelidikan & Statistik
- Pelaporan Transaksi Kewangan Islam
- Pengurusan Modal & Kecairan Institusi
- Perbankan Islam dan Takaful
- Kerangka Pengawalseliaan Takaful
- Retakaful
- Latihan Industri
Modul Elektif
- Pengenalan kepada Perniagaan
- E-Dagang dari Perspektif Islam
- Prinsip Kewangan
- Pasaran Modal Islam
- Analisa Pelaburan dan Pengurusan Portfolio
- Perakaunan untuk Industri Khusus
- Perakaunan Pengurusan
- Psikologi untuk Golongan Profesional
- Sistem Maklumat Pengurusan
Peluang Kerjaya
- Pegawai Tadbir
- Perunding Kewangan Islam
- Eksekutif Bank
- Eksekutif Pengurusan Risiko
- Eksekutif Baitulmal & Zakat
- Eksekutif Audit Syariah
- Eksekutif Kewangan
- Tenaga Pengajar
Manfaat Program
- Sijil Professional Associate Qualification in Islamic Finance (AQIF)
- Sijil Professional Intermediate Qualification in Islamic Finance (IQIF)
Kedua-dua sijil ini dianugerahkan oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).