Diploma Teknologi Maklumat
MQA/FA9748
Program ini direkabentuk untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi dalam bidang komputeran bagi memenuhi keperluan industri semasa. Pelajar akan dilatih untuk memahami keperluan organisasi, menguasai sistem dan perisian serta mampu memberikan sokongan teknikal yang efisien di tempat kerja.
Sepanjang pengajian, pelajar akan mempelajari asas pengaturcaraan dan pengaturcaraan web, rangkaian komputer dan komunikasi data, sistem maklumat, pangkalan data, keselamatan komputer, etika komputeran, konsep interaksi manusia–komputer dan beberapa kursus kemahiran yang lain. Program ini juga menekankan kemahiran praktikal dalam konfigurasi, integrasi dan penyelenggaraan sistem bagi menyokong operasi sesebuah organisasi.
Graduan program ini akan memiliki keupayaan untuk:
- Memahami keperluan organisasi dan sistem komputer dengan berkesan.
- Mengkonfigurasi dan mengurus sistem serta perisian mengikut keperluan organisasi.
- Menyediakan khidmat penyelenggaraan dan sokongan teknikal.
- Menjelaskan kepentingan interaksi manusia dan komputer dalam persekitaran digital moden.
Syarat Kemasukan
- Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran (termasuk Matematik atau kelayakan setara); ATAU
- Lulus dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C atau Mata Nilai Gred (GP) 2.00 dalam satu mata pelajaran dan mempunyai kepujian dalam Matematik di peringkat SPM (atau Matematik yang setara dengan SPM); ATAU
- Lulus dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul (Lulus) dan mempunyai kepujian dalam Matematik di peringkat SPM (atau Matematik yang setara dengan SPM); ATAU
- Memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan. (Calon tanpa Matematik boleh diterima tertakluk kepada penilaian menyeluruh dan ketat bagi menentukan kecekapan mereka dalam Matematik yang setara dengan peringkat SPM); ATAU
- Memiliki Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Kelayakan lain yang berkaitan dan setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. (Calon boleh diterima sekiranya kelayakan kemasukan mereka mengandungi mata pelajaran Matematik yang setara dengan Matematik di peringkat SPM. Calon yang tidak mempunyai kelulusan Matematik di peringkat SPM atau setaraf boleh diterima tetapi perlu mengambil dan lulus mata pelajaran pengukuhan Matematik. Mata pelajaran pengukuhan Matematik tersebut mesti ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran tanpa syarat).
Nota:
- Calon yang mempunyai kelulusan lulus dalam Matematik di peringkat SPM (atau Matematik yang setara dengan SPM) boleh diterima sekiranya kelayakan kemasukan mereka mengandungi mata pelajaran Matematik yang setara dengan Matematik di peringkat SPM.
- Calon yang mempunyai kelulusan lulus dalam Matematik di peringkat SPM (atau Matematik yang setara dengan SPM) dan tidak mempunyai mata pelajaran Matematik dalam kelayakan kemasukan mereka perlu mengambil dan lulus mata pelajaran pengukuhan Matematik yang setara dengan peringkat SPM. Mata pelajaran pengukuhan Matematik tersebut mesti ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran tanpa syarat.
- Calon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran berkaitan Komputer di peringkat SPM (atau setara dengan peringkat SPM) boleh diberi pertimbangan keutamaan.
Keperluan Kecekapan Bahasa Inggeris (Pelajar Antarabangsa)
Pelajar antarabangsa mesti mencapai sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET atau tahap yang setara dengan CEFR Mid B1. Pelajar yang tidak memenuhi keperluan ini dikehendaki mengikuti kursus kecekapan bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (HEP) bagi memastikan tahap kecekapan bahasa mereka mencukupi untuk memenuhi keperluan akademik program.
Struktur Program
Tahun 1
- Penghayatan Etika dan Peradaban
- Tilawah Al-Quran
- Academic English
- Programming Technique
- Calculus and Algebra
- Database System
- Computer Organization and Architecture
- Integriti Anti Rasuah
- Professional English
- Fundamental of Information Technology
- Discrete Mathematics
- Object Oriented Programming
- Data Structure and Algorithm
- Operating System
- Computer Maintenance
- Ethics in Computing
Tahun 2
- Data Communication and Computer Network
- Project 1
- Web and Mobile system
- System Analysis and Design
- Statistics and Probability
- Internet Computing
- Artificial Intelligent
- Keterlibatan Komuniti
- Multimedia Systems
- Human-Computer Interaction
- Project 2
- Software Engineering
- E-Commerce
- Keusahawanan Teknologi Maklumat
- Cybersecurity Fundamentals
Tahun 3
- Industrial Training
Peluang Kerjaya
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- Penolong Pegawai (Sokongan Pengguna)
- Penolong Pegawai (Pembangunan Web)
- Penolong Pegawai (Pangkalan Data)
- Penolong Pegawai (Grafik dan Multimedia)
- Usahawan Teknologi Maklumat