Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
MQA/FA5545
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) merupakan program akademik yang direka untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang kewangan, audit, percukaian, dan pelaporan korporat. Kursus ini menekankan kefahaman teori dan praktikal dalam pengurusan kewangan serta piawaian perakaunan tempatan dan antarabangsa.
Syarat Kemasukan
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang setara, dengan sekurang-kurangnya Gred C+ (GP 2.33) dalam dua mata pelajaran; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Jayyid (baik); ATAU
- Lulus Diploma (Tahap 4, MQF) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.50; ATAU
- Lulus kelayakan Matrikulasi / Asasi atau yang setara dengan sekurang- kurangnya PNGK 2.50; ATAU
- Lulus Diploma dalam bidang Perakaunan (Tahap 4, MQF) atau setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50. Calon dengan PNGK di bawah 2.50 tetapi melebihi 2.00 boleh dipertimbangkan untuk kemasukan tertakluk kepada penilaian menyeluruh; ATAU
- Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang Perakaunan dengan PNGK minimum 2.50 tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik IPT; ATAU
- Lulus Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang Perakaunan dengan PNGK minimum 2.50 tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik IPT; ATAU
- Memiliki Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) dalam bidang perakaunan atau bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50; ATAU
- Kelayakan lain yang berkaitan dan diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia.
Struktur Program
Tahun 1
- Tilawah Al-Quran
- Bahasa Arab Intensif (Bukan Muslim) / Bahasa Arab (Muslim)
- Penghayatan Etika dan Peradaban
- Pengurusan Kontemporari
- Prinsip Kewangan
- Undang-undang Perniagaan
- Perakaunan Kewangan dan Pelaporan I
- Prinsip Pemasaran
- Falsafah dan Isu Semasa
- Perakaunan Kewangan dan Pelaporan II
- Fiqh Ibadah
- Ekonomi
- Perakaunan Pengurusan
- English for Professional Communication
Tahun 2
- Perakaunan Kewangan dan Pelaporan III
- Perakaunan Pengurusan dan Kawalan
- Percukaian I
- Audit I
- Pengurusan Sumber Manusia
- Statistik
- Perakaunan Kewangan dan Pelaporan IV
- Percukaian II
- Audit II
- Sistem Maklumat Perakaunan
- Keterlibatan Komuniti
- Undang-undang Perniagaan
Tahun 3
- Perakaunan Kewangan dan Pelaporan V
- Analitik untuk Perakaunan
- Analisa Kuantitatif Perniagaan
- Perakaunan untuk Transaksi Berasaskan Islam
- Keusahawanan
- Integriti dan Rasuah
- Undang-undang Korporat
- Perakaunan Sektor Awam
- Pengurusan Strategik
- Kaedah Penyelidikan
- Perakaunan Forensik
Tahun 4
- Perkhidmatan Perniagaan Global
- Kewangan Korporat
- Kajian Kes
- Perakaunan untuk Industri Khusus
- Etika dan Governan
- Analisa Pelaburan dan Pengurusan Portfolio
- Latihan Industri
Peluang Kerjaya
- Akauntan (Akauntan Bertauliah, Akauntan Pengurusan, Akauntan Kos)
- Juruaudit Dalaman / Luaran
- Pegawai Kewangan / Eksekutif Perbankan
- Pegawai Percukaian
- Penganalisis Kewangan atau Pelaburan
- Perunding Perniagaan
- Pensyarah / Penyelidik Akademik
- Pegawai Akaun dalam sektor kerajaan atau GLC