Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan) dengan Kepujian
MQA/FA4553
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan) dengan Kepujian membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan merangkumi kepimpinan, perancangan strategik, operasi, sumber manusia dan tingkah laku organisasi. Melalui gabungan teori dan aplikasi industri, program ini melahirkan graduan yang bersedia memimpin, membuat keputusan berkesan serta menyumbang kepada pembangunan organisasi dalam pelbagai sektor perniagaan. Kurikulum yang komprehensif ini bertujuan memastikan pelajar memahami fungsi dan dinamik sebuah organisasi dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif dan sentiasa berubah.
Syarat Kemasukan
- Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana 2 mata pelajaran dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU
- Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid, dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU
- Kelayakan yang setara dengan Diploma atau Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5, KKM); ATAU
- Kelayakan Matrikulasi/Kursus Asas dengan minimum PNGK 2.00 daripada 4.00, atau kelayakan yang setara dengannya.
Nota:
- Syarat lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM bagi calon (i) dan (ii) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.
- Pelajar antarabangsa perlu mencapai skor minimum 5.5 bagi IELTS ATAU yang setara dengannya.
Struktur Program
Tahun 1
- Penghayatan Etika dan Peradaban
- Tilawah Al-Quran
- Pengurusan Kontemporari
- Prinsip Kewangan
- Sistem Maklumat Pengurusan
- Prinsip Pemasaran
- Etika dan Komunikasi Perniagaan
- Falsafah dan Isu Semasa
- Integriti dan Rasuah
- Perakaunan Perniagaan
- Ekonomi
- Perniagaan Digital
- Pengurusan Operasi
- Pengurusan Strategik
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
Tahun 2
- Pengurusan Inovasi
- Keterlibatan Komuniti
- Statistik
- Crowd Funding
- Keusahawanan
- E-Dagang dari Perspektif Islam
- Pengurusan Rantaian Bekalan
- Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan
- Pengurusan Logistik
- Gelagat Pengguna
- Asas Teknologi Kewangan
- Pemasaran Antarabangsa
- Pengurusan Silang Budaya
- Seminar Keusahawanan
Tahun 3
- Pengurusan Produk
- Aplikasi Revolusi Digital dalam Pasaran
- Perdagangan Elektronik
- Pengurusan E-Dagang
- Pengurusan Risiko
- Pengurusan Pertumbuhan Perniagaan
- Proses Pembuatan Keputusan
- Kepimpinan
- Teori dan Reka Bentuk Organisasi
- Pengurusan Perubahan dalam Organisasi
- Pengurusan Organisasi
Peluang Kerjaya
- Pegawai Sumber Manusia
- Pegawai Tadbir
- Penolong Pengurus Projek
- Pegawai Operasi / Logistik
- Pegawai Rantaian Bekalan
- Eksekutif CRM