Diploma Kewangan
MQA/FA9468
Program Diploma Kewangan direka untuk melengkapkan pelajar dengan asas pengetahuan yang kukuh dalam prinsip dan amalan kewangan yang relevan dengan persekitaran perniagaan yang dinamik masa kini. Program ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang seimbang melalui gabungan pemahaman teori serta aplikasi praktikal dalam bidang seperti pengurusan kewangan, pelaburan, perbankan dan perancangan kewangan.
Sepanjang pengajian, pelajar akan diasah untuk berfikir secara analitikal, berkomunikasi dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara bijak yang merupakan kemahiran penting dalam membuat keputusan kewangan yang tepat dan berkesan. Program ini turut memberi pendedahan kepada perkembangan terkini dalam teknologi kewangan serta sistem kewangan moden, bagi memastikan graduan bersedia menyesuaikan diri dan mampu memberi sumbangan bermakna dalam landskap kewangan yang terus berkembang.
Graduan program ini akan memiliki pengetahuan, keyakinan dan tahap profesionalisme yang tinggi untuk mencapai kejayaan dan kemajuan dalam industri kewangan, serta berupaya melanjutkan pengajian ke peringkat akademik yang lebih tinggi.
Syarat Kemasukan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (atau kelayakan yang setara) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (atau kelayakan yang setara), dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran; dan lulus SPM (atau kelayakan yang setara) dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul; dan lulus SPM (atau kelayakan yang setara) dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan; dan lulus SPM (atau kelayakan yang setara) dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Sijil dalam bidang Kewangan, Perbankan, Insurans atau bidang yang berkaitan (Tahap 3, MQF) dengan PNGK minimum 2.00 daripada 4.00.
Nota:
- Keperluan kredit Matematik dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM bagi calon
dalam kategori (ii), (iii) dan (iv) boleh dikecualikan sekiranya kelayakan tersebut mengandungi
mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris yang pencapaiannya setara atau lebih. - Bagi tahap Diploma, pelajar antarabangsa perlu mencapai skor minimum 5.0 bagi International English Language Testing System (IELTS) ATAU yang setara dengannya.
Struktur Program
Tahun 1
- Fiqh Ibadah
- Bahasa Arab 1 / Bahasa Arab for Non-Muslim
- Academic English
- Akidah dan Akhlak
- Tilawah Al-Quran
- Matematik Perniagaan
- Asas Pengurusan Kewangan
- Apresisasi Teknologi Maklumat
- Penghayatan Etika Dan Peradaban
- Bahasa Arab 2
- Professional English
- Statistik Perniagaan
- Prinsip Ekonomi
- Analisa Penyata Kewangan
- Perakaunan Kewangan 1
- Keterlibatan Komuniti
- Prinsip Pengurusan
- Prinsip Pemasaran
- Komunikasi Perniagaan
- Kewangan Peribadi
Tahun 2
- Perakaunan Kewangan 2
- Undang-Undang Perniagaan
- Perakaunan Kos 1
- Etika dan Perundangan dalam Kewangan Islam
- Integriti dan Anti Rasuah
- Institusi dan Pasaran Kewangan
- Fiqh Muamalat
- Pengantar Insurans
- Pelaburan
- Perbankan Islam
- Pengurusan Kredit
- Keusahawanan
- Ekonomi Islam
- Perkhidmatan Kewangan Khas
Peluang Kerjaya
- Penolong Pegawai (Perancangan Kewangan)
- Penolong Pegawai (Analisis Kewangan)
- Penolong Penyelidik (Ekonomi)
- Penolong Pegawai (Kewangan)
- Penolong Pegawai (Dana)
- Penolong Pegawai (Pelaburan Bank)
- Penolong Pegawai (Kredit Pengguna)
- Penolong Pegawai (Broker Sekuriti)